RSS

Tag Archives: kelakar

Bagaimana Hendak Membuat Anak Kembar

 
12 Comments

Posted by on February 17, 2009 in Funny

 

Tags: , , , , , ,

Nak Cite Pun Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

 
3 Comments

Posted by on September 15, 2008 in Funny

 

Tags: , , , ,

Panggilan Jepun Bagi Seseorang…


01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat – SAYORI

05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO

06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARASUKAMURA

03. Yang bisu – KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi – NANACHI KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua – TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI

 
10 Comments

Posted by on September 12, 2008 in Funny

 

Tags: , , , ,

Cerita NtahApeApeNtah

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama….

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…

Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu…

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Woakakaka….penat aku nak taip lagi nie….

 
13 Comments

Posted by on September 12, 2008 in Funny

 

Tags: , ,

Kisah Air Tin


sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu… . “kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

pompuan tu jawab… “saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya.”

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh… sudah… mende aku nak goreng kadi ni… .

kadi pun tanye si jantan… “hah… kamu… .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela”

“tuan kadi… kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya ‘masukkan’ dalam vending machine, pas saya ‘tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?”

jawab kadi..”hak kamu le..”

jantan tu kata lak..”hah… sama le kes ni pun. Kan tuan… kan… kan ”

P/S :

1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin
3. Jgn samakan ‘anu’ anda cam duit syiling … hehehehehhe “

 
1 Comment

Posted by on September 7, 2008 in Funny

 

Tags: , , ,

Esok Baru Cabut

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu…

 
2 Comments

Posted by on September 7, 2008 in Funny

 

Tags: , , , ,

Bomoh Ungkai Misteri Nur

Perasaan hasad dengki merupakan salah satu sikap yang biasa kita dapati dalam diri seseorang. Sikap dengki yang keterlaluan terhadap seseorang adakalanya menyebabkan seseorang bertindak di luar batas etika perikemanusiaan sehingga sanggup mengenakan orang yang didengki dengan pelbagai cara buruk seperti santau dan lain-lain. Ini mengingatkan aku kepada satu cerita yang telah diceritakan oleh officemate aku baru-baru ini.

Nur, seorang eksekutif muda di salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia telahpun berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri kira-kira setahun lebih yang lalu. Pada mulanya semuanya berjalan dengan lancar, kehidupan mereka suami isteri memang bahagia. Kebahagiaan ini ditambah pula dengan kehidupannya yang selesa, maklumlah kerja eksekutif, gaji pun boleh tahan besar, walaupun suaminya hanya seorang kerani sahaja.

Namun langit tidak selalunya cerah, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Kehidupan bahagia yang mereka kecapi mulai terganggu ketika usia perkahwinan mereka genap setahun berikutan malang yang menimpa Nur. Entah apa sebabnya kerjanya sebagai eksekutif selalu terganggu kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Jarang sekali Nur sakit, malah batuk pun sangat jarang dihidapinya mungkin kerana dirinya yang rajin bersenam menjadikan antibodinya kuat melawan penyakit.

Namun penyakit yang mengganggunya kini memang betul-betul menyukarkan kehidupannya. Adakalanya disebabkan penyakit tersebut, kerjanya yang banyak tertunda menyebabkan dia membawa masalah di tempat kerja ke rumah. Ini secara tidak langsung menyebabkan rumahtangganya bergolak. Nur sering mengadu sakit kepala terasa seperti berpusing-pusing dan berdenyut-denyut sakitnya. Malah ada masanya ketika sedang sibuk mengadap komputer kepalanya terasa berat dan pandangannya berpinar-pinar.Bukan itu sahaja Nur juga sering muntah-muntah dan tekaknya sering merasa loya, malahan selera makannya juga sangat pelik.

Kadangkala Nur tiada langsung selera makan, tetapi ada masanya Nur makan terlalu banyak seolah-olah ada sesuatu dalam dirinya yang turut makan bersama! Keganjilan selera makan Nur sangat ketara apabila dia yang selama ini tidak menyukai seafood tiba-tiba berubah sikap menjadi seseorang yang sangat sukakan seafood. Hari demi hari penyakit Nur bertambah teruk bila sikapnya yang periang dan baikhati berubah kepada seseorang yang sering marah-marah. Selain itu, Nur juga sukar tidur seperti ada sesuatu yang sering membuatkan dirinya gelisah terutama pada waktu malam. Rakan-rakan sepejabatnya mulai syak yang Nur terkena buatan orang lantas mengesyorkan suami Nur supaya membawa Nur berjumpa bomoh.

Namun suaminya berkeras mengatakan yang Nur tiada apa-apa, mungkin demam biasa sahaja. Sikap suami Nur yang berdegil tidak mahu membawa Nur pergi berubat amat mengejutkan rakan-rakan sepejabatnya. Di atas rasa simpati, rakan-rakan sepejabat Nur sepakat untuk membawa Nur berjumpa bomoh tanpa pengetahuan suami Nur. Dan jangkaan mereka tepat apabila bomoh yang mereka temui mengesahkan yang Nur terkena buatan orang! Namun hajat mereka agar bomoh tersebut dapat membantu Nur tidak kesampaian apabila bomoh tersebut mengatakan ianya sudah terlambat, Nur tidak dapat diubati lagi.

Walaupun bomoh tersebut tidak dapat mengubati Nur tetapi dia dapat memberitahu siapa yang bertanggungjawab menyebabkan Nur jadi begitu. Apa yang memeranjatkan rakan sepejabat Nur adalah apabila bomoh tersebut mengatakan suami Nur sendiri yang menyebabkannya jadi begitu. Kini persoalan mereka mengapa suami Nur berkeras tidak mahu membawa Nur berubat terjawab sudah. Persoalan yang tinggal kini adalah mengapa suami Nur sanggup melakukan perkara tersebut ke atas isterinya sendiri? Memandangkan bomoh yang mereka temui gagal membantu, rakan sepejabat Nur mengambil keputusan untuk cuba membawa Nur ke hospital pula. Di hospital, mereka menerima satu lagi kejutan apabila doktor yang merawat Nur turut mengesahkan Nur terkena buatan suaminya sendiri. Mana mungkin rawatan moden juga memberikan jawapan tersebut. Tapi yelah… memanglah Nur terkena buatan orang, dia disahkan mengandung 2 bulan!… betullah terkena buatan suami sendiri heh… heh. he he

 
Leave a comment

Posted by on September 7, 2008 in Funny

 

Tags: , , , ,