RSS

Jalan Bukit Bintang

Seorang polis duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja.
Maka Polis trafik pun berfikir ” Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain”

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita – dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang – mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya ” Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju.. kenapa ditahan?”

“Makcik” polis trafik menjelaskan ” makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain”

“lambat dari had laju ?” wanita itu merasa hairan.

“Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!” bantah wanita itu dengan marah.

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.

” Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan… adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat” polis trafik itu bertanya kehairanan

“Oh… jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309].”

 
4 Comments

Posted by on February 17, 2009 in Funny

 

Tags: , , ,

Menantu Bill Gates

Bapa: Ayah mahu kahwinkan awak dengan gadis pilihan ayah
Anak: Tapi ayah saya sudah ada pilihan saya sendiri
Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates
Anak: oo kalau camtu oklah!

Kemudian bapanya berjumpa Bill gates

Bapa: Saya ada calon suami untuk anak gadis anda
Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin
Bapa: Tapi anak muda ni bakal Vice president Bank Dunia
Bill Gates: oo kalau camtu oklah!

Akhirnya Bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia

Bapa: Saya ada calon untuk Vice President Bank Dunia
Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President
Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates
Presiden Bank Dunia: oo kalau camtu oklah!

Hoho, This is how business is done!!

 
4 Comments

Posted by on February 17, 2009 in Funny

 

Tags: , , ,

Handsfree

Kepada yang kaki tindik tu, ada berani ker buat camni? Senang tak memerlukan bluetooth, wireless lagi tu…

 
8 Comments

Posted by on February 17, 2009 in Funny

 

Tags: , , , ,

Lipan Takut Lembu?

Tahukah anda lipan ada pantang larangnya. kebiasaannya lipan dewasa mempunyai 44 kaki (kiri + kanan).
Lembu adalah pantang lipan dimana ada lembu disitu x ada lipan. Jadi nak halau lipan kena bela lembu, nak tau sebabnya?

Lipan lari bukan takut kat lembu, dia takut kat tahi lembu, apabila dia sekali melintasi tahi lembu kaki dia akan hilang dua, tak percaya cuba tangkap lipan kira kaki , kemudian biarkan melintasi tahi lembu tentu kaki dia kurang 1.

Nak tau kenapa kaki lipan kurang satu?
::
::
::
::
::
::
::
::
Kerana dia x ada perfume terpaksa angkat kaki tutup hidung dgn kaki pasal tahi lembu tu kan busuk.

 
9 Comments

Posted by on February 17, 2009 in Funny

 

Tags: , , ,

Waktu Untuk Hidup Tinggal 10…

Setelah memeriksa pesakitnya seorang doktor berkata
“Keadaan anda amat buruk. Anda hanya punya waktu hidup 10… “
“Sepuluh apa?, bulan, minggu, tahun, hari?”, tanya si pesakit gugup.
Doktor: “9… 8… 7… 6… 5…”

 
8 Comments

Posted by on February 17, 2009 in Uncategorized

 

Teka-Teki Lawak

soalannyer berbentuk… … .

1. seekor burung sedang terbang lalu terserempak dgn sebuah kapal terbang di udara. Tiba2 burung itu jatuh ke bawah. Kenapa?

2. pokoknya di atas bukit daunnya di dlm air. Apakah dia?

3. kalau manusia jadi ikan, apakah yg akan terjadi kpd ikan?

4. Bas Parkmay sedang bergerak ke Seremban dgn membawa sorang datuk, seorang wanita dan seorang pelajar. Tiba di Seremban, siapakan yg turun dulu?

5. ikan apa yg sentiasa sejuk?

6. Amin dan Aminah mendapat anak. Kenapa mereka menamakan anak mereka Afifah ?

7. buah apa yg kita langkah dulu sebelum makan ?

8. dlm banyak2 haiwan, haiwan apa yg x pernah duduk ?

9. lepas satu hilang, satu lagi hilang. Akhirnya tinggal ibu yg malang. Apakah itu?

10. andaikan anda seorang konduktor bas. Bas itu pergi ke satu stesen, 5 org diambil. Di stesen kedua, 2 org turun dan 7 org naik.di stesen ketiga, 3 org turun dan 8 org naik. Soalannya, berapakah umur konduktor bas itu ?

11. emak anas ada 5 org anak. Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi. Siapakah anak kelima?

12. apakah solat yg ada 3 tahiyat?

13. bagaimana utk naik haji jika x ade duit?

14. apakah tempat yg terkecil di dunia?

15. dlm banyak2 bola, bola apa yg pemainnya hormat?

jawapannya adalah… … … … … …

1. burung sedang tutup telinganya

2. daun teh

3. ikan jadi banyak sebab manusia x makan

4. meter bas

5. ikan jaket (gelaran utk ikan cencaru)

6. kerana anak itu perempuan

7. buah dam

8. ikan

9. mancis

10. umur anda

11. Anas

12. solat maghrib masbuk

13. main dam haji

14. setapak

15. bola golf

Advertisements:


numenmail.com

 
10 Comments

Posted by on February 17, 2009 in Funny

 

Tags: ,

Mentol Lampu


Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.
Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.

Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.

Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.

“Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?” jawab pesakit dengan nada marah.

“Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?” tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.

“Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!” jawab pesakit tadi.

“Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?” soal doktor lagi.

“Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?”

 
5 Comments

Posted by on February 17, 2009 in Funny

 

Tags: , , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 28 other followers