RSS

Koleksi Lawak Pendek

06 Feb

Cerita 1
Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

Cerita 2
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

Cerita 3
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Cerita 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…

Cerita 5
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor,  selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

Cerita 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Cerita 7
Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. Dengan muka tidak bersalah penuggang tersebut berkata, ‘Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…”

 
20 Comments

Posted by on February 6, 2008 in Funny

 

Tags: , , ,

20 responses to “Koleksi Lawak Pendek

  1. afi

    February 23, 2008 at 11:14 am

    cum si0t jew!!!

    nux pca per0t aq glax!!

     
  2. ila

    July 10, 2008 at 9:31 am

    ok ape lawak ni..cuma dalam semua website..lawakzz yg same aje..need pembaharuan skit…good luck

     
  3. iL@^CuteYzZ

    July 10, 2008 at 9:32 am

    BEST SANGAT

     
  4. iL@^CuteYzZ

    July 10, 2008 at 9:33 am

    hi

     
  5. iL@^CuteYzZ

    July 10, 2008 at 9:34 am

    best sangat..cuma kena perbanyak kan lawak2 lagi..keep in touch…muahzz

     
  6. marlb0r0 light

    December 29, 2009 at 10:06 am

    hahahahaha….
    lawak2…

     
  7. manusia

    December 8, 2010 at 7:23 pm

    sape yg tulis sume lawak2 ni???hantu ke…??

     
  8. NORHASLINDA CHE ISMAIL

    June 8, 2011 at 11:09 am

    adussss….penat aq gelak baca lawak yg sama….tak dew laak lain ke?plz la erk….tlg wat lawak lain…biar pecah perut sume pembaca…okeyhhhhh…

     
  9. weena

    July 1, 2011 at 4:29 pm

    bhaaahaaaa . . . klako .. klako..

     
  10. domokcute

    August 10, 2011 at 10:05 am

    lawak CERITA 4,nama dia da kOmpius..hahahaha

     
  11. buterrfls

    November 19, 2011 at 1:36 pm

    smph lwk oh ahahahah

     
  12. Daniel Denzy

    March 12, 2012 at 9:39 pm

    lawak skit je…….

     
  13. Daniel Denzy

    March 12, 2012 at 9:40 pm

    lawak skit je……….haaaaaa…..

     
  14. Prince_hell

    March 17, 2012 at 3:56 pm

    Owh,simple funny,hahaha..

     
  15. muhd faris

    June 2, 2012 at 2:52 pm

    lawak 2 ya cerita ni

     
  16. Sweetlyn

    September 30, 2012 at 6:45 am

    Ini sangat lucu bg awak tapi bg saya tak lawak pun

     
  17. ieza em0zarra

    October 1, 2012 at 4:13 pm

    best. .!!lgie sp0ntan lgie best. .!!

     
  18. Eddy Piece

    February 18, 2013 at 11:04 pm

    bnyk btl da lwk ni…xde yg bru ke…bosan gk bce bde sme

     
  19. lina266

    April 12, 2014 at 12:42 pm

    boring…tak best ….pastu tak pecah perut pun ….boooorrrriiiinnnngggggg sangat

     

Leave a reply to afi Cancel reply