RSS

Kisah Suami Isteri

04 Feb

Isteriku

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak di kepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga  dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih di sisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan, “Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di Universiti dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba…”

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah “Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang…”

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. “Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang… ayang masih di sisi abang.

“Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5 juta hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, …ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, “Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi.” Esakkan si isteri bertambah kuat…

Si suami berkata lagi, “Abang rasa ayang ni bawak sial la …. BERAMBUS KAU SEKARANG!!

Suami Yang Pening

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bharu melalui Plus Highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak sejak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sampainya mereka di perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air “PowerRoot” dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke Johor Bharu. Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!

Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.

Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala siisteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leteran. Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba -tiba si suami memanggilnya semula.

Suami: Nak pergi mana?

Isteri: Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!

Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!

Isteri: ???? @#%$*!?>/&$( %#@#@$%&^%*&^?>&%$#^!@~>

 
1 Comment

Posted by on February 4, 2008 in Funny

 

Tags: , , , ,

One response to “Kisah Suami Isteri

  1. Putera jebat

    May 13, 2012 at 6:18 am

    bodohnye…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: